PROMOSI 2013 - PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI TAMAN GAYA, JOHOR BAHRU

DAPATKAN PAKEJ ANDAMAN EKSLUSIF LENGKAP DENGAN SERENDAH RM3899 DAN ANDA AKAN DAPAT PERCUMA

1 UNIT CUSTOM ALBUM - UNLIMITED PHOTOSHOOT & FULL EVENT COVERED
1 UNIT KEK PERKAHWINAN 3 TINGKAT (FONDANT) & CUPCAKES BY Rbecca Cookies, Cake & Cupcakes
1 UNIT BANNER PERKAHWINAN
1 UNIT FRESH FLOWER HAND BOUQUET
DAN
ISTIMEWA UNTUK PAKEJ DEWAN SHJ - 1 UNIT BAJU BARU CUSTOM MADE MENGIKUT CITARASA ANDA.

HANYA TERHAD KEPADA SATU MAJLIS SATU HARI SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

HUBUNGI KAMI DI 017-6669861 ATAU 01111198699 Untuk maklumat lanjut. Atau email ke rbeccacookies@gmail.com
Sila tinggalkan msg sekiranya pangilan tidak diangkat, pihak kami akan menghubungi anda kembali.

Wednesday, January 16, 2013

Tips – 6 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Ketika Memilih Kek Perkahwinan


Terdapat 6 Perkara Penting Yang Perlu Diambil Kira Ketika Memilih Kek Perkahwinan.

1) Saiz kek - Pemilihan saiz kek bergantung berapa ramai tetamu yang hendak dijamu. Ia juga bergantung berapa ramai pihak keluarga pengantin kedua-dua belah pihak, saudara mara dan lain-lain. Kek yang besar sesuai untuk menjamu tetamu yang ramai namun penggunaan kek cawan (cupcakes) adalah lebih mudah dan effisyen.

2) Rekabentuk - Pelbagai jenis dan rekabentuk boleh dibuat bergantung pada jenis kek. Kebiasaannya kek fondant lebih mudah untuk direkabentuk berbanding dengan kek buttercream. Anda boleh merujuk kepada majalah-majalah atau website-website untuk rekabentuk kek yang terkini dan popular. Anda juga boleh berbincang dengan pembuat kek untuk rekabentuk pilihan anda sendiri. Sudah pasti rekabentuk yang sukar memjadikan harga kek tersebut agak tinggi.

3) Warna - Kebiasaanya Pakar kek akan mencadangkan warna yang sesuai untuk kek anda bergantung pada warna tema sesebuah majlis dan konsep yang anda inginkan. Namun anda juga boleh memilih warna kesukaan anda sendiri. Perkara yang perlu diambil berat untuk menentukan warna kek ialah warna tema majlis, warna baju, warna alas meja kek dan beberapa perkara lain. Ini bagi memastikan supaya warna kek tidak tenggelam dengan warna persekitaran yang ada. Namun warna putih/pastel amat sesuai untuk kebanyakan majlis kerana walaupun warnanya agak tenggelam tetapi ia menampakkan ciri-ciri kemewahan.

4) Rasa dan tekstur kek - Sudah pasti anda mengidamkan kek yang enak untuk dimakan. Kek span, kek coklat 'moist' atau kek buah adalah jenis kek yang popular untuk majlis perkahwinan. Ini kerana teksturnya yang sesuai untuk dekorasi. Contohnya kek fondant memerlukan kek yang tekstur mampat dan padat seperti coklat 'moist' atau kek buah bagi menampung berat fondant itu sendiri. Pengunaan kek-kek continental, kek chesse, kek aiskrim tidak digalakkan kerana khuatir akan mencair disebabkan oleh suhu persekitaran.

5) Jenis Ising - Terdapat pelbagai jenis icing seperti buttercream, steam buttercream, fondant, royal icing dan lain-lain.  Jenis fondant atau royal icing adalah lebih popular walaupun harganya lebih mahal daripada buttercream atau steam buttercream. Ini kerana kek fondant lebih elegan dan boleh diubah bentuk mengikut citarasa pelanggan.

6) Budget - Budget memainkan peranan penting didalam proses pemilihan kek. Sudah pasti kek yang besar dan mempunyai reka bentuk yang sukar adalah lebih tinggi harganya. Kek fondant adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang bercitarasa mewah dan inginkan kelainan kerana harganya yang boleh mencecah ke ribuan ringgit. Manakala kek buttercream adalah kek yang sesuai bagi mereka yang mepunyai budget rendah. Oleh itu berbincanglah dengan pasangan sebelum mengeluarkan budget untuk kek perkahwinan anda. Harga yang tinggi sudah pasti lebih berkualiti dan memberikan kepuasan yang lebih.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.113733988711861.26682.113724322046161&type=1&l=783326150b

Thursday, January 10, 2013

Tips - Bagaimana memilih baju nikah perempuan yang sesuai?

1) Pilihlah baju yang ringkas dan sederhana serta tidak terlalu sarat dengan labuci namun masih kelihatan cantik. 2) Pilihlah fesyen ya... Read more »

Saturday, January 5, 2013

Tips - Merancang Perkahwinan Dalam Tempoh 12 Bulan

Kahwin - andaman - katering - kek - jurugambar - photography 8- 12 Bulan Sebelum Majlis • Berbincang dgn pasangan dan kedua-dua belah kelu... Read more »

Monday, December 31, 2012

Saturday, December 29, 2012

PROMOSI TAHUN BARU 2013

PROMOSI GILA-GILA UNTUK BAKAL PENGANTIN TAHUN 2013!!! TEMPAHLAH SEKARANG KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD!!!! PROMOSI HANYA TERHAD KEPAD... Read more »

Pakej Andaman | Perkahwinan Rumah Ekslusif - Di Mersing, Johor

Pakej Andaman Dewan Biasa Lokasi : Dewan Polis Mersing , Johor . Pasangan Mempelai : Elina & ... Read more »