PROMOSI 2013 - PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI TAMAN GAYA, JOHOR BAHRU

DAPATKAN PAKEJ ANDAMAN EKSLUSIF LENGKAP DENGAN SERENDAH RM3899 DAN ANDA AKAN DAPAT PERCUMA

1 UNIT CUSTOM ALBUM - UNLIMITED PHOTOSHOOT & FULL EVENT COVERED
1 UNIT KEK PERKAHWINAN 3 TINGKAT (FONDANT) & CUPCAKES BY Rbecca Cookies, Cake & Cupcakes
1 UNIT BANNER PERKAHWINAN
1 UNIT FRESH FLOWER HAND BOUQUET
DAN
ISTIMEWA UNTUK PAKEJ DEWAN SHJ - 1 UNIT BAJU BARU CUSTOM MADE MENGIKUT CITARASA ANDA.

HANYA TERHAD KEPADA SATU MAJLIS SATU HARI SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

HUBUNGI KAMI DI 017-6669861 ATAU 01111198699 Untuk maklumat lanjut. Atau email ke rbeccacookies@gmail.com
Sila tinggalkan msg sekiranya pangilan tidak diangkat, pihak kami akan menghubungi anda kembali.

Saturday, January 5, 2013

Tips - Merancang Perkahwinan Dalam Tempoh 12 Bulan

Kahwin - andaman - katering - kek - jurugambar - photography
8- 12 Bulan Sebelum Majlis
• Berbincang dgn pasangan dan kedua-dua belah keluarga tarikh yang sesuai untuk majlis.
• Berbincang dengan pasangan tentang budget yang akan dikeluarkan.
• Tent...ukan lokasi majlis dan sekiranya di dewan atau hotel sila buat tempahan seawal mungkin.
• Mengikuti kursus perkahwinan sebagai persiapan awal.
• Kenalpasti konsep dan tema warna majlis perkahwinan yang bersesuaian dengan budget anda.
• Memantau dan menempah perancang perkahwinan anda ini termasuk pelamin, solekan, jurufoto, juruvideo, catering, kanopy, pengacara majlis, kompang dan lain-lain. Sebaiknya buat tempahan awal bagi mengelakkan tempahan penuh di saat akhir.
• Mula untuk membeli barang-barang hantaran secara beransur-ansur.
• Rancang destinasi bulan madu dengan membuat tempahan awal mengikut budget anda.
• Banyakkan membaca dan mendengar tazkirah atau motivasi sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

4- 8 Bulan Sebelum Majlis
• Mula menempah cincin atau set barang kemas untuk majlis membatalkan air sembahyang.
• Mula menempah cenderahati atau ‘door gift’ untuk para tetamu, sahabat handai dan saudara mara.
• Berbincang dengan pasangan dan pihak keluarga samada mahu membuat majlis berinai, khatam quran dan lain-lain yang bersesuaian.
• Tentukan jumlah dan senaraikan nama-nama tetamu yang akan dijemput
• Bincang dan tempah kad perkahwinan pilihan anda
• Kenalpasti siapakah yang bersesuaian untuk menjadi pembantu majlis dan pengapit anda.
• Selesaikan proses pendaftaran nikah dengan jabatan agama seperti temuduga, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.
• Membuat temujanji dengan perancang perkahwinan untuk menyemak dan memastikan perancangan lebih teratur.
• Mengambil ukuran badan sekiranya ada membuat baju persandingan atau baju nikah baru pilihan anda.
• Tentukan jenis dan warna pakaian-pakaian yang akan dipakai oleh pihak keluarga, pembantu majlis, pengapit dan sesiapa yang terlibat dengan majlis anda mengikut tema anda.
• Memantau perancangan destinasi bulan madu dengan lebih teliti seperti pastikan tempahan hotel, passport, visa dan lain-lain

1 - 3 Bulan Sebelum majlis
• Mula mengedar kad-kad jemputan.
• Kerap mengunjungi spa dan salon kecantikan.
• Buat semakan terakhir dan pastikan semua tempahan yang telah dibuat berjalan lancar.
• Berbincang dengan perancang perkahwinan untuk kali terakhir bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
• Buat pemilihan lagu-lagu atau muzik iringan yang bersesuaian sewaktu majlis anda.
• Berbincang mengenai aturcara majlis dengan pengacara majlis anda.
• Pastikan senarai hidangan dan minuman untuk majlis anda dengan perancang perkahwinan atau pihak catering.

Sila layari FB Page: Rbecca Wedding Gallery https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150661495784772.448128.356415354771&type=1&l=004dc1b4f0